Mencari Suara

Hakikatnya, aku suka menulis. Buktinya kau lihat sahajalah mantan blog aku. Kalau dapat dicetak, maka berkajang-kajanglah kertas terbazir akibat ayat ayat kosong yang suka terbang dalam kepala aku, merayu-rayu nak keluar. Yang ada di blog tu, yang aku dapat cari keyboard dan taip. Yang tak tertaip, yang hilang dalam masa, tak payah lah cakap. Bersyukur pun mungkin ada : not all things thought need to be said, kan?

Aku tak tahu lah orang suka baca ke tak, dan itulah benda pertama yang aku cuba kupas masa mula-mula blog dulu. Nak tulis apa yang orang suka baca, atau nak tulis apa yang aku suka baca? Susah juga, sebab bila orang mula hinggap di blog, kita cepat khayal dengan populariti tak seberapa. Dapat 100 lebih hit sehari, maka berjalan bagai gergasi.

Akhirnya aku buat keputusan, aku tulis sahaja apa yang aku suka nak tulis. Sama ada flogging a dead horse atau menyatakan pendapat tak seberapa, aku tulis sahaja. Sebab tu kalau tengok isi mantan blog, semua caca merba. Sebab sebelum aku ada blog pun sudah setaman pokok terpaksa berkorban demi menjadi mukasurat jurnal yang aku tulis berbuku-buku panjangnya.

Yang itu tiada siapa pun baca
  (banyak rahsia cinta remaja,
     korang takkan terjumpa punya,
aku sorok kat ofis bawah meja).

Aku berhijrah ke paparan maya pun lebih kepada sebab mudahnya aku menulis dengan keyboard. Aku ni, Abah sogokkan sebuah komputer semenjak aku umur 8 tahun lagi. Papan kekunci teman sejati. Antara program yang aku paling gemar guna memang word processor. Jadi bila taip lebih cepat dari tulis tangan. Maka lahirlah blog aku yang hidup selama 10 tahun sebelum dia perlahan-lahan mati sehingga aku berikan CPR baru-baru ini.

Me and my PC, circa 1986. There was no escape from geekdom

 

Penulis bersama komputer kedua beliau, sebuah Amstrad CPC 464, pada tahun 1986

Bukanlah nak kata aku menulis tak nak popular. Seronok bila dapat berkawan dengan orang lain yang gemar menulis juga. Some of my best friends today, I made through blogging. Dari persahabatan papan kekunci sampai ke makan nasi lemak di MSD, hingga ke tahap, I’ll stand in front of a lorry for you, brah [asalkan lori tu tak bergerak].

Tapi yang aku masih tercari-cari, adalah suara. Voice. Entah dimana, atau sebenarnya, wujud ke pun? Bajet hebat ada suara sendiri, walhal hakikatnya ‘suara’ yang tertera adalah amalgam suara-suara yang aku baca semalam. Sebab selalunya macam tu kan? Lepas baca Marquez, ayat tulisan jadi panjang berselirat. Lepas baca Murakami, ia jadi pendek. Ringkas. Tepat.

Habis takkan tak nak membaca, demi ‘purity of voice’. Macam-macam pendapat tentang penulis yang tak membaca dan sebaliknya ni. Bukan aku nak judge penulis yang tak membaca sebagai seorang yang tak berkualiti. Tapi kalau kau tak membaca, kau rugi. Kau rugi peluang berjalan ke dunia lain, berpatah hati bersama Florentino Ariza yang menunggu cintanya sehingga ke hari tua dan kau tak dapat berjalan ke serata dunia, sama ada dengan Ibn Batutta atau dengan Richard Mayhew di London Under. Damn son, kau rugi.

Bak kata Gabriel Garcia Marquez yang baru meninggalkan kita, “Aku tidak boleh membayangkan bagaimana sesorang itu boleh terfikir untuk menulis novel tanpa gambaran yang begitu asas sekalipun tentang sastera 10,000 tahun sebelumnya.”

Yang aku ni, aku tak pasti: nak menulis fiksyen yang lama dah aku tinggal, atau nak menulis makalah, atau nak teruskan tulis apa sajalah. Tapi yang pasti, akan tetap menulis. Inilah akibat tabiat buruk orang yang suka bersendirian dan tiada teman untuk mendengar suara-suara kecil dalam kepala.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s