#truestory

Sadis. Zalim. Kejam.

Itu yang terlintas dalam kepala aku ketika membaca tentang pelajar di Leeds yang membunuh cikgu perempuan Mat Sallehnya, Mrs Maguire.

Cis. Tergamak kau bunuh cikgu. Semulia-mulia pekerjaan yang ada di bumi ni. Cikgu, yang untuk balasan barang berapa ratus ringgit (atau pound) mengorbankan masa siang malam supaya kau hari ini bukan lagi menjadi peguam menang bicara atau penulis terkemuka macam zaman Usman Awang, tapi menjadi investment banker berkereta Chelsea tractor berkapal layar di Monaco. Semua tu bermula dari seorang guru, kau tahu?

Aku pernah ada cikgu perempuan Mat Salleh. Nama cikgu perempuan Mat Salleh aku Mrs. Kemp. Aku dari masuk sekolah takut dengan dia. Sebab dia garang. Dan dia tak hot macam cikgu-cikgu lain kat sekolah aku, dan dia jugak tidak matronly seperti guru kelas aku masa aku First Year. Atau Sir aku masa third year yang ajar aku main backgammon, chess, golf dan bolasepak.

Aku masa sekolah rendah, eksotik. Sebab aku sorang kan Melayu. Bajet hebat lah. Lepas tu aku pandai pulak tu. Speaking berhabuk kalah Mat Salleh yang memang sejak azali speaking berhabuk. Aku tahu semua itu boleh aku guna buat bodek cikgu-cikgu tertentu. Budak pandai ikat rambut tocang dua dalam kelas kau masa darjah 1 yang kau benci? Haa. Aku lah tu.

Mengikut aturan kelas, patutnya aku tak masuk belajar dalam kelas Mrs. Kemp. Dia ajar second year. Aku dah selamat masuk third year. Tapi kerana kesuntukan ruang, maka 10 budak termuda dalam tahun aku ditempatkan dalam kelas second year. Dan kelas second year yang ada ruang? Kelas Mrs. Kemp. Haha. Karma.

Tau kenapa aku takut dengan dia? Sebab dia tak makan bodek. Aku boleh manipulate, aku boleh pasang my charms, tapi kalau dia malas nak layan, dia suruh aku sit down and shut up je. Ini orang aku tak boleh ekjas.

Contohlah: kami dalam kelas, buat kerja maths ikut kemampuan diri. [Jangan lupa, ini legasi zaman Thatcher]. Pakai workbook. Cikgu ajar asas, kau buat latihan, cikgu tanda one-on-one dengan kau. Bila terel kau cepat la upgrade workbook. Kalau slow kau ulang sampai jadi pandai. Jadi aku ni nak tunjuk pandai lebih, buat semua kerja cepat-cepat, ghairah nak tunjuk kat Mrs. Kemp aku dah siap.

Dalam kelas aku ada 20 orang rasanya. Jadi Mrs. Kemp akan tanda kerja seorang budak tu sekurang-kurangnya sekali dalam sesi maths tu. Tapi aku, aku nak tunjuk hebat, cikgu dah jumpa, siapkan lagi satu page atau dua page dan beratur balik nak jumpa cikgu. Nak tunjuk aku rajin. Nak tunjuk aku pandai. Nak kena puji.

Cikgu-cikgu lain kat Gilesgate tu, layanlah aku ni. Puji. Wah, kembang bermangkuk-mangkuk. Mrs. Kemp tak makan bodekkan aku camtu. Dia akan tengok aku, dia jegil, dia akan cakap, “I’ve see you already, go back to your seat!”

Dengan malunya aku balik ke meja. Kau mungkin rasa itu zalim, tapi tak sebenarnya. Sebab masa tu dia tengah terangkan konsep aritmetik tambah tolak kepada classmate aku Kyle Patterson, yang pada usia 8 tahun masih struggle dengan concept yang kami dah kuasai 2 tahun lampau. Dan dengan menyuruh aku balik ke meja, aku dah siap kerja jadi aku akan sembang (secara senyap) dengan kawan duduk sebelah. Bersosial, berbual, berbincang game bola minggu lepas. Dia ajar aku supaya hormati masa orang lain, dan dia ajar aku supaya tak jadi nerd sangat. Ini soft skill, bro, takde dalam CV tapi penting untuk jadi bukan sekadar manusia tapi insan.

Tapi, bila aku buat sesuatu yang patut dipuji dia memang puji. Salah satu matapelajaran kami di sekolah tu adalah Creative Writing. Mrs. Kemp selalu puji cerita-cerita aku tulis, dia baca dalam kelas. Dia sangat inklusif. Dia tahu aku sorang Melayu, minoriti Muslim di sekolah. Jadi untuk term aku ada kat kelas dia, projek kelas kami ialah tentang Islam.

Ini sebelum era political correctness [ingat, ini zaman Thatcher], sebelum menjadi Islam-friendly adalah lencana yang kau boleh pakai untuk membuktikan kau bukan right wing nutter. Jadi kerana kami belajar tentang Islam, dia suruh aku demo cara solat dalam kelas. Dia gunapakai isu attention seeker aku tu, untuk memanfaatkan satu kelas sebab dengan menjadikan Islam sebagai projek kelas, akulah center of attention. Haha. Genius, what?

Kesuntukan ruang yang menyebabkan kami kena duduk di kelas second year tu sebenarnya untuk satu term sahaja. Tapi nak jadi cerita, term itulah juga term terakhir aku di Gilesgate Junior School sebab kami bakal berpindah ke Newcastle. Jadi cikgu yang mengadakan majlis perpisahan aku adalah Mrs. Kemp. Aku ingat, dia peluk aku, dia nangis sikit, dia bagi aku mug yang ada gambar Durham Cathedral. Aku agak pelik masa tu, sebab cikgu ni kan selalu garang dengan aku. Selalu marah aku suruh duduk kalau aku tunjuk kerja maths kat dia. Tapi kenapa dia perangai macam sayang aku?

Untuk budak berusia 9 tahun, idea sayang = puji dan benci = marah masih kuat. Aku beranikan diri beri alamat – boleh kita tulis surat, aku tanya? Of course, dia kata. Dia tulis atas kertas alamat dia. Aku genggam kuat-kuat sampai rumah. Precious. Ada cikgu nak kawan dengan aku! An adult likes me! Ini adalah sangat score bagi budak kekurangan kasih sayang seorang Idlan.

Dan melalui surat-suratlah aku mengenali dia lebih lanjut. Nama dia Wyn, Wyn Kemp. Dia ada anak, Tim, yang kurang upaya. Ayah Tim tinggalkan mereka. Wyn berkahwin dengan orang lain bernama Denis. Aku bercerita tentang hidup aku, dia bercerita tentang hidup dia. Dua dunia berbeza. Tapi it worked, haha.

Seingat aku, bila aku pulang ke Malaysia, aku masih berutus surat dengan dia. Tetapi dimakan masa, zaman dan keghairahan aku meneroka dunia baru di STF, aku lupa. Alamat dia aku hilang. Aku dah tak hantar surat. Tapi aku ingat, dan dalam hati kecil aku nekad, kalau aku sampai balik ke bumi England aku akan cari Mrs. Kemp. Guru garang yang baik hati.

Our place in Durham. Must've been late 86 or early 87 as Zahid was already around

 

Budak kekurangan kasih sayang belah kanan. Yang paling kiri dah jadi mummy Atish, yang belah kanan dah jadi laki orang, yang tengah dah cukur janggut sekarang dan yang atas dukung dah kena gout. 1986/87

Aku cuba cari dia, sumpah!

Pada tahun 2001/2001 aku kembali ke UK dan aku cuba cari dia. Aku bertanya di internet sana sini, aku search nama dia tapi tak jumpa. Ada orang rekemen aku cuba hubungi pihak pencen cikgu, mana tahu mereka ada contact details dia. Orang pejabat pencen cikgu tu kata, tak boleh bagi maklumat, data protection maa. Tapi kalau aku bagi details aku diorang boleh sampaikan. Aku mula berdebar. Nak ke aku jumpa Mrs. Kemp ni? Aku dah besar, dah pakai tudung. Dia nak ke terima aku? UK bukan lagi zaman Thatcher, dan dalam suasana post9-11, aku Muslim persona non grata. Aku kata lah. Alasan. Sebab malas. Jadi aku tak balas pun email orang pejabat pencen cikgu tu.

Aku terkenang. Aku ingat. Malah aku pernah bercerita tentang Wyn Kemp di blog lama aku. Tapi hasrat dimakan masa, dan dalam keghairahan aku mengejar sijil-sijil yang hari ini aku pun tak sure dah aku simpan kat mana aku alpa. Dan blog aku sendiri pun, sebagaimana kau orang tahu, tenggelam di makan masa.

Sehinggalah suatu hari, aku terfikir nak arkibkan tulisan-tulisan lama, lantas aku pergi ke dashboard blog. Tergerak nak melihat di ruang komen.. dan aku ternampak satu nota ditulis oleh Denis Kemp. Kemp.. nama yang sangat aku kenal.

Kata Denis:

Idlan, I have just read your comments about Wyn, your teacher at Gilesgate juniors. I wish we had found it sooner. I am her second husband, not Timothy’s father, but his step father for 40 years. Sadly I have to tell you that Wyn died on Sunday morning this week (23/6/13) after a very short illness. She was 79 years old, but active, bright and politically committed until the end.

As you will realise, I am in a poor state at the moment, but my nephew found your comments and passed them on to me, and they have given me some comfort and made me feel proud of her. She was always against bigotry or racism of any kind and was willing to fight for her beliefs. Of course she always had to fight for acceptance of handicapped people. And she was a fighter… not surprised you were a bit afraid of her…so was I.

She would have been so pleased to hear from you, if we had found this earlier. Tim is still with us but doesn’t yet understand what has happened.

Thanks, Idlan
Denis

Hancur hati aku. Tangguh dan terus tangguh, aku terlupa. Kita ni di dunia sementara.

1 thought on “#truestory

  1. Touching story pasal cikgu nie. How time flies. She must feel proud knowing what you have become Idlan. May she rest in peace.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s