Wayang Pacak Anand

Hari ini kami duduk sebaris, dalam seats yang bernombor tapi tak ditetapkan. Cerita masih baru, tapi mungkin sebab 2D jadi demand tak sehebat mana. Seats yang ada kusyen empuk, tempat letak air dan ruang depan kaki yang kiranya agak selesa – dan mungkin lebih luas dari sesetengah ruang depan kaki low-cost airline.

24 tahun lalu, seats kami paling tidak kertas suratkhabar dibuat alas punggung atas rumput yang mungkin lembab. Kalau nak up sikit, kotak-kotak yang dikoyakkan. Habis baik letak tikarlah. Kerusi tak boleh kecuali dibelakang, nanti orang tak nampak. Tiap-tiap Jumaat malam Sabtu, hampir tiap-tiap minggu, kami disajikan wayang pacak.

‘Wayang pacak’ kerana layar putih itu dipacakkan di tengah ruang lapang yang terbuka luas. Open air. Tempat berubah-ubah. Satu masa, dipacakkan di tepi volleyball court: agak sesuai lah kiranya sebab tiang volleyball tu sendiri tinggi. Pada masa yang lain, dinding putih whitewash di tepi tempat letak kereta guru. Pada masa ni punggung tak berlabuh atas rumput, tapi bebatu kecil atas tarmac. Aku tak suka tarmac. Kalau jatuh confirm abis kulit.

Kalau hari hujan, pindah masuk hall. Adakala ini membuat aku stress. Sebab aku bersama pasukan badminton sekolah agak ghairah main badminton setiap masa, walaupun tak ada tournament. Bila wayang dibuat dalam hall, orang masuk booking tempat kacau kami nak main. Konon kacau lah. Macam terel sangat pun. Padahal kami yang nak book seat best juga.

Oh, seat wayang memang kena book. Kaedah booking, guna suratkhabar / kotak / tikar tadi lah. Letakkan di kawasan wayang sejam atau dua sebelum wayang bermula (lazimnya lepas Isya’) dan pastikan tulis nama atau tinggal teddy bear / haiwan peliharaan lain sebagai tanda. Kalau dalam hall atau di parking lot, boleh guna kapur lukis kotak. Penting positioning bagus nak tengok wayang pacak ni. Open air : salah duduk acoustics fail tak dengar orang cakap apa.

Tapi kadang-kadang ada juga kami ‘walk-in’. Main duduk je mana mana. Pernah juga ambil kerusi duduk atas bumbung, keluar ikut tingkap. Nampak clear, acoustics bagus. Sampailah kantoi dengan cikgu. Disuruh turun. Cikgu pergi naik balik. Darah muda, kata. Alhamdulillah tak pernah ada yang jatuh.

Boundaries tempat duduk yang kau book, memang orang hormati. Nak mampus alihkan tempat orang dah chop. Ini apply kepada semua benda yang perlu tempahan atau giliran: dari tempat duduk row pertama nak tengok Rashid Sidek kalahkan Ardy Wiranata Thomas Cup 1992, kepada susunan tuala di atas pintu shower sebagai tanda giliran mandi. Berani lah alihkan orang punya.. siap kau.

Tauke wayang pacak ni, kami panggil Anand. Aku tak tahu sama ada betul nama dia Anand, atau itu gelaran diberi kerana bangsanya. Tapi dia ada van kecil dengan peralatan yang memang ditunggu kami semua setiap hujung minggu. Biasanya sebelum Maghrib dia akan sampai, dan dia akan mula set-up skrin dan sebagainya. Gelisah kami tunggu kelibat Anand petang-petang Jumaat. Ramai yang bertenggek dekat tingkap, jadi lookout. Lalu je van Anand, cepat-cepat gerak ke tapak wayang. Nak intai cerita apa minggu ni.

(Petang Jumaat sebab zaman kami sekolah, cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Jadi apa yang Sultan Johor buat ni bukan perkara baru ya. Dah lama. Cuma dialihkan menjadi Sabtu Ahad pada 1994 tatkala JB menjadi bandaraya. Aku ingat malam pengiystiharan tu. Aku jumpa Ramlah Ram di Dataran Bandaraya. Baju dia takde lip lap. Aku kecewa.)

Anand tahu kami nak tahu wayang apa, tapi dia tahu jugak yang biasanya kami ni pemalu. Jadi selalunya dia letak poster jadi kami tahu. Lepas letak poster dia akan setup sambil pasang lagu di corong speakernya. Dia mungkin tak banyak lagu: tiap-tiap minggu balik-balik ‘Room In Your Heart’ dengan ‘Wind Beneath My Wings’. Sampai hari ni aku tak boleh associate lagu ni dengan benda lain selain wayang Anand.

Khabarnya, kerja dia memang pusing Malaysia dalam van tu buat tayangan wayang pacak. Bukti lebih kukuh aku dapat bila dah keluar sekolah: sebab khabarnya sebuah SBP perempuan di ibu kota pun tokey wayang pacak dia nama Anand. Yang kat Seremban aku tak tahu, sebab mereka kolej bukan sekadar sekolah macam aku.

Yang bertanggungjawab menguruskan wayang ni, adalah budak-budak ko-op. Kalau nak tahu cerita apa Anand bawak hujung minggu ni, tanyalah budak ko-op. Nak cadangkan wayang yang kau teringin sangat nak tengok, buat baik lah dengan budak ko-op. Budak ko-op memang sumber entertainment kami: selain wayang, tayangan video hujung minggu biasanya budak ko-op yang uruskan.

Wayang pacak tak free. Kena bayar seringgit rasanya, kalau cerita lama 50 sen. Aku ingat masa aku Form 1 aku liat betul nak bayar duit wayang. Sampai bendahari kelas sound, “aku tau kau ada duit sebab kau selalu lunch kat kantin’. Betul. Dari aku bayar untuk wayang yang aku tak enjoy baik aku makan sedap. [Makan kat dining hall sekolah ‘percuma’, kantin merupakan alternatif yang jelas lebih mahal. Sebenarnya aku makan di kantin sebab aku tak suka makan ayam. Atau daging. Tapi kat dining hall sekolah jarang serve seafood. Atau kari. Aku ni kalau ada kuah hari, tak payah lauk pun tak pe dah].

Aku ingat lagi, wayang pacak pertama aku tengok ialah cerita The Blob. Aku tak berapa nak pergi, maklumlah baru Form 1 dan berkawan pun tak reti sangat. Tapi aku rasa last-last akak satu dorm bawak pergi. The Blob tu hantu atau monster macam jello kaler oren, dia makan orang. Hari Ahad selang seminggu selalunya masa lunch dessert kat dining hall adalah jello kaler oren. Dari Form 1 sampai ke sudah aku tak makan dessert hari Ahad selang seminggu.

Pusat Ibadat.

 

Pusat Ibadat Sekolah. Tiada kaitan langsung dengan wayang pacak.

Tayangan video pertama anjuran koop yang aku tengok pulak, cerita Pretty Woman. Popular cerita ni. Kecoh semua orang nak tengok. Sebab ada Richard Gere. Aku time tu lah juga baru kenal siapa Julia Roberts, siapa Richard Gere. Langsung naif masa tu… kat rumah memang tak tengok wayang. Mungkin sebab tu aku hantu tengok movie sampai sekarang. Late bloomer, catching up.

Kalau sekarang tengok wayang makan popcorn, dulu makan rojak asma kat kantin. Kantin sekolah tak bukak malam kecuali Jumaat malam Sabtu kalau ada wayang. Aku rindu rojak asma, walaupun aku tak tahu siapa Asma dan kenapa dia buat rojak.

Aku juga kadang-kadang masih rindu sekolah. Bukan zaman sekolah, bukan keadaan bersekolah. Tapi suasana membesar dengan 119 lagi rakan sebaya yang sama-sama mahu mengukir bintang dalam cara tersendiri.

Terima kasih, Masi & Aperque turun London ingat aku. Tengok wayang sama sama buat aku teringat zaman tengok wayang dulu-dulu. Aku harap dalam keghairahan mengejar status terbaik dan nombor satu, adik-adik semua tu masih ada wayang pacak. Sekolah, after all, bukan kilang.

1 thought on “Wayang Pacak Anand

  1. I also sometimes rindu sekolah, and it can be triggered by nothing in particular, like certain sambal tumis with nasi lemak or biskut marie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s