Anak rantau rindu kampung

Masa aku sekolah rendah, kalau orang suruh aku lukis gambar dengan kata tema ‘Kampung’, aku ada lukisan yang generik. Rumah kayu bertiang empat. Pokok epal di halaman. Sawah padi di belakang rumah. Gunung ganang menghiasi latar, sungai mengalir biru. Matahari bulat di bucu.

Mana aku dapat idea tu pun, aku tak tahu. Kampung aku di Kelantan, bukan di Kedah. Mana ada sawah padi, mana ada gunung ganang. Pokok epal lagilah tak ada. Kampung aku bukan tepi sungai walaupun tak jauh dari rumah nenek aku Sungai Kelantan tu, tak pernah lah pulak aku tengok warna airnya biru.

Kampung aku ada dua: satu di Kota Bharu, satu di Tanah Merah. Rumah Tanah Merah, rumah Mek dan Ayah Tok ­ atuk nenek belah ayah. Rumah mereka ni tak jauh dari bandar ­ mungkin dalam 2km lah abis jauh. Rumah ni memang rumah kayu, tapi bawah rumahnya agak scary jadi aku jarang masuk ke situ. Bertangga batu berwarna merah, di tepinya ada tempayan berisi air hujan untuk basuh kaki setiap kali ‘naik dari tanah’ ­ before you come upstairs, kata orang putih.

Di depan rumah ni ada pokok jambu air ­ kalau Abah bosan dia akan ikat kain pelekatnya semacam cawat dan dia panjat pokok ni: kami anak­anak kejar­kejar kutip buah yang dijatuhkan; Mek di dapur buat ‘caklo’ ­ kicap dan gula, untuk dicicahnya jambu. Ketika di ambang Hari Raya, di halaman rumah, dimana semenjak anak­-anak Mek semua sudah berkereta, berjujuklah kenderaan tersusun, ada perigi. Ah, perigi ini epik; terletak di bawah pokok manggis. Orang Kelantan kata, buoh sseto.

Pokok manggis ni banyak betul kerengga. Aku kenal apa itu haiwan bernama kerengga sebab terlalu ralit bermain di tepi perigi inilah, sampai tak sedar digigit. Perigi ini tempat semua orang beratur di pagi Hari Raya sebab bilik air penuh dan semua nak kena mandi sebelum kena bebel. Aku tak terkata bangga bila, sebagai seorang Along, dibenarkan untuk mengambil air dari dalam perigi dan memandikan adik-­adik. Legitimasi kedewasaan.

Rumah di Kota Bharu, rumah Mak Tok dan Abah Tok, juga rumah kayu tetapi bertangga hijau. Ada lubang dalam simen tangga tu, suka betul semut api tinggal disitu. Bawah rumah ni, ada ruang untuk baring, untuk tidur, untuk lepak. Ada banyak alat bertukang Abah Tok, sebab Abah Tok rajin berbuat macam­-macam di bawah rumah ni.

Tapi rumah yang ini, tidak ada halaman sangat, kerana di depannya ada padang. Taklah besar sangat, tapi cukup besar lah nak bermain bolasepak petang-­petang. Masa aku darjah 5 aku balik kampung dengan adik aku saja, aku lenjan main bola sampai demam. Sebab kalau Abah tahu mesti dia marah. Abah tak suka aku main bola.

Rumah bertangga hijau ini ada elemen sejarah dalam hidup aku: kerana di ruang tengah rumah inilah aku lahir! Sebelum jaman orang natural homebirth bagai, aku dah homebirth pun #originalhipster. Sebenarnya Mama tak sempat nak ke hospital: aku masa tu dah sebelas hari overdue; bila aku decide aku nak jumpa dunia aku tak sabar-­sabar. Lepas tu bila dah tengok dunia, khabarnya aku freak out: 40 hari 40 malam menangis, mengikut lagenda. Orang Barat kata colic, haha.

Kalau di rumah Tanah Merah ada jambu air, rumah di KB ada jambu batu! Sebenarnya di belakang rumah ni ada kawasan kebun sedikit. Aku rasa mungkin ada buah­buahan lain, tapi aku memang ingat pokok jambu batu sahaja. Sebab pokok ini tak tinggi macam pokok jambu air di rumah lagi satu. Yang ini renek, sesuai dipanjat oleh manusia separa-­dewasa yang juga renek orangnya. Perigi rumah ini pula, di dalam rumah.

Ok sebenarnya dahulu di luar rumah, tapi Abah Tok ekjas jadi dia masuk dalam rumah; kemudian dia kenakan electric pump jadi air tu tersalur ke paip. Kan aku dah cakap, Abah Tok rajin berbuat macam­-macam.

 

 

The house I was born in

Rumah Mak Tok di Kota Bharu. Tangga hijau di balik kereta Myvi putih.

Semasa era pra-­pergi-­UK­-Fasa­1, kami selalu balik kampung naik bas. Bas ni biasanya ikut jalan tepi pantai Terengganu, tapi sebab kami balik malam tak nampak apa pun kat luar. Kalau tak naik Ekspres Nasional, mesti naik bas Budaya. Pada era ni, bergilir hari raya pertama rumah KB vs TM. Kalau day 1 di KB, day 2 di TM dan sebaliknya.

Zaman ini, kami tak ada kereta. Abah cuma ada motor kapcai BAD; motor setia dari zaman undergrad beliau. Jadi nak ke sana ke mari kami naik teksi. Zaman ni teksi di Kelantan biasanya Mercedes lama. Sumpah, aku rasa Mercedes lama yang sama masih membawa orang ke sana ke mari di bandar KB hingga hari ini.

Pada tahun 1989, era dah­-balik-­Malaysia-­tapi­-belum­-gi-­asrama, Abah akhirnya beli kereta. Nissan Sentra, BCS 9638. Jadi raya tahun berikutnya kami drive balik kampung. [Raya 1989 tak balik kampung kerana Farah baru lahir tahun tu]. Kali pertama aku jadi co­pilot Abah. Kami pakai peta, Abah beli di stesen minyak Shell. Tugas aku, untuk lihat bandar apa yang patut kami lalu, dan pastikan papan tanda jalan konsisten.

Zaman ni, Abah biasanya balik ikut Kuala Lipis. Secara teorinya lebih dekat. Kalau ikut jalan ini memang jumpa Tanah Merah dulu, jadi buat beberapa tahun memang kami raya pertama di Tanah Merah. Aku tak berapa suka, bukan sebab apa: sebab tak ada geng. Belah abah aku cucu sulung; bawah aku paling tua pun sepupu empat tahun lagi muda. Empat tahun tu banyak bila usia kau pun baru dua belas tahun. Manakala belah Mama, aku cucu nombor tiga. Ada sepupu sebaya jadi ada geng. Kalau tak, tugas aku memanjang kena jaga adik. Urgh. Bosan.

Bila ada kereta ni, rajinlah Abah dan Mama melawat dan menziarahi saudara mara yang aku tak kenal di serata pelusuk Kelantan. Di Panglima Bayu. Bukit Bunga. Kusial Baru. Bunut Susu. Wakaf Che Yeh. Juga kampung pakcik makcik aku di Tal Tujoh. Kutan. Konsentrasi saudara mara aku tertumpu di koridor Kota­Bharu ­ Pasir Mas ­Machang ­ Tanah Merah. Koridor cukup sesak dengan kereta plate number B dan W; hinggakan perjalanan 30km mengambil masa dua jam.

Tu belum kalau diorang nak pergi Rantau Panjang lagi. Aduh. As soon as I was old enough I opted to stay at home. Bongkar almari di rumah Mek jumpa diari Abah zaman dia di KIK dan UKM. Hik hik.

Tapi ini cerita dulu lah. Zaman aku ada kampung. Sekarang dah tak ada apa. Mak Tok aku ­- my half Chinese half Jawa grandma from Muor – ­ meninggal dunia pada 1992. Abah Tok menyusul 1996. Semenjak itu kami beraya di Tanah Merah sahaja. Kalau ke KB sekadar balik hari. Masih berdiri tegak, rumah kayu bertangga hijau bersemut api; Mak Ngah Gayah aku tinggal di sana sekarang. Tiga tahun lepas aku ke sana, dia masak mi sup untuk aku.

Mek meninggal pada 2009, tak silap aku. Semenjak itu rumah kayu bertangga merah dengan air hujan dalam tempayan disewakan kepada orang, kerana Ayah Tok menikah lain dan tinggal bersama isteri barunya. Pada 2011 aku lalu depan rumah tu. Perigi, ada; pokok manggis, ada.  Yang tak ada:  kami.  Cuma ada satu kereta saja, kereta milik orang yang menyewa. Whoever they are, they are creating their memories ­ di rumah yang masih sarat dengan memories kami. Memories aku.

No longer ours

Rumah lama di Tanah Merah, tidak lagi rumah kami. 

Dan tahun lepas, Ayah Tok pula pergi. Jadi sudah tiada sebab untuk kami berhari­raya di Kelantan lagi, kerana apabila pulang kami sekadar tourist. Tinggal di hotel. Melawat busana kain dan memborong jersi murah di Rantau Panjang.

Lagipun, mastautinnya aku sekarang di sini. Ribu-­ribu batu, di balik sana kampungku. Yang tiada sawah, tiada sungai, tiada matahari di bucu [sebab matahari di rumah Mek dan di rumah Mak Tok tepat di tengah naiknya].

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Siapa mandi perigi, ingatlah aku.

2 thoughts on “Anak rantau rindu kampung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s