Push it back, push it back… waaaaaaay back!

Hari tu, aku usha tiket nak gi tengok hoki di Glasgow, sempena Commonwealth Games 2014. Aku teringin nak tengok game Malaysia lawan New Zealand. Bidik hati aku, game ini bakal penentu juara kumpulan, dan lantas kelayakkan ke pusingan seterusnya.Harga tiket £25. OK lah tu. Alhamdulillah, dalam keadaan kewangan sekarang, jumlah itu aku mampu.

Perangai tengok hoki ni bukan perkara baru. Dalam era dunia pasca Sukan Komanwel 1998 kekerapan aku ke Stadium Hoki Bukit Jalil tak terkata. Zaman masih pelajar. Bayar RM5 dapat tengok jagoan hoki dunia berentap sepanjang hari. Ini zaman gemilang hoki Malaysia. Zaman Mirnawan, zaman Norsaiful, zaman S. Kuhan, zaman Azlan Bakar. Zaman Shahbaz Ahmad pemain hebat Pakistan dan Dhanraj Pillay pemain India.

Tapi jauh, jauh lebih awal dari itu, sudah menjadi kebiasaan aku berdiri di garis tepi menjerit sekuat hati bila tengok hoki. Sebab ini sukan nombor satu sekolah aku. Kalau sekolah lelaki hebat cheer rugby, kami sekolah perempuan gah cheer hockey.

Event pertama solidarity semangat sekolah aku ketika Form 1 pada tahun 1990, ialah dibenarkan pergi ke padang sekolah untuk menonton perlawanan hoki MSSD. Kami diharapkan menungguli kejohanan. Khabarnya, tahun itu, 1990… sudah 25 tahun kami juara JB berturut-turut.  Oh, the burden of excellence. Sekolah kami bukan sekolah project hoki pun – itu sekolah lain di JB. Tapi entah. Terel. Haha.

Bila berdiri di tepi padang, yang pasti ada lagu cheer. Dan akan ada akak Form 4 atau Form 5 yang lead cheer. [Semi-rahsia: masa aku Form 5 aku lah tukang lead cheer sekali sekala].

Lagu cheer sebelum game mula: Bila TF.. Bila TF.. Bila TF turun padang, Bila TF turun padang, InsyaAllah akan menang. [ikut tune When All the Saints Come Marching In]

Lagu cheer bila sumbat gol: Satu tak cukup, dua tak cukup, banyak banyak banyak banyak banyak pun tak cukup.

Lagu cheer bila gol bolos,  short corner tak masuk atau cubaan gol gagal: It’s okay, it’s all right, come on TF fight fight fight.

Lagu cheer bila lawan dapat bola: Defend TF defend.. defend sama depa.. depa pening ‘pala tak boleh buat apa. [ini dinyanyikan dalam bahasa baku, mirip loghat utara]

Lagu bila lawan bawak bola masuk half kami: Push it back.. push it back.. waaaaay back.

Lagu bila dah banyak gol kami leading: Mula-mula sumbatkan tujuh gol.. Kemudian sumbatkan lapan gol.. sedikit demi sedikit.. lama lama jadi bukiiiiiiiit. [Part ‘kit’ tu empat belas harkat]

Lagu yang aku ingat separuh je sekarang: Oh Kome.. TF itu gagah. Sapa lawan, pasti menggelabah… ada sesiapa nak sambung? Haha.

TF tu siapa? TF tu sekolah kami lah, ha ha ha.

Bergema padang bila cheer macam ni. Lagi-lagi bila satu sekolah turun. Fuh. Kamilah penyokong ultra hockey sekolah way before konsep ultra sampai ke Malaysia. Aku sudah bilang entry lalu. #originalhipster.

Tapi sokong team hoki sekolah tak sama lah dengan sokong team hoki kebangsaan. Semangatnya lain. Bulan Jun lalu aku pergi ke Kyocera Stadion di the Hague, Holland, menonton pasukan Malaysia lawan India dalam Piala Dunia Hoki. Siapa kata Malaysia tak layak ke Piala Dunia? Hish.Izad Jamaluddin for Malaysia

Dalam sepuluh orang sahaja orang Malaysia dalam stadium, tapi akustik stadium membuatkan kami dapat cheer sampai bergema. Aku cakap kami, walhal sebenarnya budak-budak lelaki lah. Aku dah tua, duduk sopan dan demure.

Sebelum game bermula, lagu kebangsaan dimainkan. Penuh perasaan kami bersepuluh menyanyikan Negaraku. Tanpa segan, tanpa silu. Oh, kalau kau tak pernah nyanyi Negaraku di dewan atau stadium di negara asing, kau takkan dapat rasa nikmat magical. Walaupun kau selalu nyanyi di Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam. Tak sama, bro.. tak sama. Sumpah, janji tak sama. Kalau kau ada peluang, rasakan lah sekali.

Dalam mengejar nikmat dunia yang inilah, aku, Khairil dan isterinya Jenny menerjah Wembley Arena pada tahun 2011 di tengah-tengah bulan puasa untuk sokong Lee Chong Wei yang berentap dengan Lin Dan pada perlawanan akhir. Kering tekak. Puasa tetap puasa. Tapi Chong Wei yang tak puasa tak dapat kalahkan Lin Dan yang juga tak puasa. Sipi dah nak menang. Tapi tak menang. Tak merasa lagu Negaraku berkumandang. Kecewa, ketika itu. Ditambah pula sesampai di Liverpool Street station keretapi delay kerana ada orang bunuh diri atas train line. Bersila kami terpaksa berbuka puasa di tengah tengah stesen.

Jadi ya, memang aku nak sangat pergi ke Glasgow menonton Malaysia lawan New Zealand. Tiket masuk ke game cuma £25.

Tapi tiket dari Colchester ke sana, return by plane, train or automobile, £132 paling murah. I love my country, I am fiercely loyal to it. But loyalty and patriotism don’t pay my bills, brah.

Ku kirim semangat di angin lalu, gitu.

Addendum: Team Hoki didn’t do as well as predicted. Tewas 1-6 kepada New Zealand, selepas tewas mengejut kepada Trinidad and Tobago hari sebelumnya.

#SaveGaza

2 thoughts on “Push it back, push it back… waaaaaaay back!

  1. Well written sis! Was in d same shoe d year 1981-1984 along with many others who enjoyed your article. Hardly can forget “when stf goes marching in…”. Hold on to that spirit, you’ll fly high no matter where you are!

  2. Thank you 😀
    Tak pernah tak rindu STF kalau time saya tengok hoki.. cheer yang paling best mmg cheerkan sekolah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s