Selipar Jepun: Dari Pariah ke Fesyen Tinggi – Suatu Mockumentari

Minggu lepas aku pergi Emirates tengok Arsenal lawan Monaco. Faizul, kawan aku dari Delft yang merupakan mastermind project ini pakai kasut sebelah pink sebelah biru. Bukan sebab kasut dia sebelah kena curi di masjid ketika solat Jumaat atau sebab dia tersilap, tapi itulah style terkini dari Puma.

Aku? Aku pakai… selipar jepun.

Oklah. Selipar jepun semi-mahal cap Havaianas yang aku beli secara diskaun di TK Maxx. Tapi selipar jepun, all the same. A rose, by any other name..

****

Pasti semasa korang semua menjalari liku-liku UPSR / Penilaian Darjah Lima [penulis mesra pembaca berumur] ada satu karangan bertajuk “Aku Sepasang Selipar Jepun” yang korang kena tulis sebagai memenuhi selera cikgu BM yang aku saspek sering prejudis kepada selipar yang aku pakai ke kelas tambahan. Lazimnya garapan karangan tersebut mesti melingkari hidup sepasang selipar jepun, dari kilang ke kaki – sama ada jasanya melindungi kulit kaki halus mulus pemiliknya dari noda debu dan tikaman duri dikenang atau dilupakan apabila Siti Havaianas membuat Wan Bata nampak kurang kacak. Penghujung cerita kadangkala suka – apabila Wan Bata dipindahmilik kepada pengemis tua yang lebih menyayanginya; atau duka – apabila Wan Bata menghitung hari di himpit sampah sarap dan kepala ikan busuk di tapak pelupusan sampah Seksyen 4.

Tapi liku-liku kehidupan selipar jepun ini bukanlah sekadar dari kilang di Klang ke tapak pelupusan sampah di Subang Jaya. Selipar jepun sebenarnya juga menjalani kisah rags-to-riches seperti Beyonce. Ikutilah kisah ekslusif kami: kali pertama dipaparkan kepada mata dunia….

<untuk lebih feel, mainkan muzik tema rancangan kegemaran anda pada point ini>

Sebagai pelajar yang ‘ter’pilih menjejakkan kaki ke sebuah institusi sekolah berasrama dengan hanya pengalaman dua tahun bersekolah rendah di Malaysia, aku sebenarnya tidak peka dengan status selipar jepun. Malah, aku sendiri tidak tahu kenapa ia dipanggil selipar jepun; apa kaitannya dengan negara matahari terbit dan sama ada ianya terlibat dengan Dasar Pandang Ke Timur yang aku pada prinsipnya tidak berapa setujui. Tapi pada ketika inilah aku mulai sedar bahawa ada sistem kasta dalam dunia selipar.

Dalam surat tawaran aku ke sekolah tersebut dikepilkan bersama senarai barang keperluan asas yang perlu dibawa oleh setiap pelajar. Dan tertera dalam senarai tersebut ialah selipar – tetapi dengan penjelasan tambahan bahawa selipar ini mestilah tidak berupa selipar jepun, yang hanya boleh dipakai ke tandas sahaja. Untuk hal-hal lain, selipar yang bersesuaian perlulah disediakan.

Terkejut aku.

I loved my selipar jepun, dan dalam sekelip mata status sosial sesuatu yang amat aku kasihi bertukar dari menjadi pariah selipar-selipar di asrama Tun Teja. Hanya layak dibawa ke tempat mandi dan ke tandas: lantas diberi gelaran selipar jamban.

Selipar yang dimuliakan pula, diberi gelaran ‘persian’. Aku kurang pasti ejaan sebenar. Persian? Pershen? Parsian? Entah. Etymologynya pun aku kurang pasti. Selipar orang parsi ke apa? Tapi inilah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada selipar kasta tinggi yang boleh dibawa di luar kawasan tandas dan bilik mandi.

 

selipar merahSelipar yang lazim digelar ‘Persian’ semasa di STF. Kau nampak ke apa Parsinya? Aku tak nampak pun. 
[Gambar diambil dari http://my-niezzareena02.blogspot.co.uk/]

Maka untuk lima tahun aku menjalani hubungan cinta terhalang dengan selipar jepunku. Untuk dua tahun pertama, sebagai pelajar junior, aku akur dengan statusnya sebagai kekasih gelap. Kami hanya berjumpa ketika awal pagi, selepas sukan petang dan masa masa lain aku kena pergi mandi.

Ketika aku di tingkatan tiga aku mula berani memperkenalkannya kepada beberapa rakan. Maklumlah, sudah separa senior, sudah boleh stay up selepas off lights, sudah mula boleh tunjuk taring sebenar yang dua tahun diasah secara senyap senyap. Aku dan seliparku, Tuan Tat Seng, mula ke sana ke mari selepas matahari terbenam.

tatseng

 

Tuan Tat Seng, dilakonkan oleh selipar Tat Seng dari laman http://zanmyly.blogspot.co.uk/

Perhubungan ini berterusan ketika aku masuk ke Tingkatan Empat dan seterusnya ke Tingkatan Lima. Semakin lama semakin berani aku berdamping dengannya di khalayak ramai. Tidaklah sampai pergi ke prep – some social taboos need to be respected – tapi ke merata tempat di hujung minggu, termasuk ketika menonton wayang Jumaat malam Sabtu, dan round compound petang petang. Ada yang menegur secara halus, ada yang secara direct, tapi bro, bila kau dah bercinta, ada kau kesah orang kata apa?

Aku suka Tuan Tat Seng kerana beratnya yang just right. Tak terlalu flimsy macam Wan Bata Wan Biru yang aku dampingi ketika aku Form 1 dan Form 2. [Walaupun begitu, Wan Bata Wan Biru sangat lah berguna sebagai selipar penuju kalau bermain selipar tiga; which adds credence to the adage – we are all here for a reason].

Tuan Tat Seng cepat kering lepas mandi, dan yang paling penting Tuan Tat Seng tak cepat putus talinya. Dan kalau kau dikejar monyet, Tuan Tat Seng cukup beratnya untuk kau pakai sebagai senjata menghalau monyet dan beruk belakang Block C dan Block E bila mereka keluar dari hutan belakang.

Dan pada hari-hari ini selipar jepun menjadi lambang gerakan resistance peribadi aku terhadap semua institusi kuasa yang meletakkan undang-undang keatas aku. “Kenapa saya tak boleh pakai selipar jepun ini, tapi kalau selipar Adidas berbentuk sama designnya, cuma dengan jenama dan getah tebal, ia jadi persian, cikgu?” Yes, kids, I was asking the questions that mattered even way back when.

Semasa di universiti ada peraturan mengatakan bahawa pelajar kena bersepatu ke dewan kuliah. Aku meroyan, lantas bertanya kenapa syarat begitu dikenakan. Maklumlah, sudah pelajar universiti, takkan nak lagi terkekang dengan peraturan macam di sekolah. Alasan dekan aku, katanya, pemakaian mencerminkan disiplin, dan disiplin menjamin kecemerlangan pelajar.

Oh, challenge accepted.

Aku nekad untuk pergi ke kelas tepat pada masa, menjadi pelajar yang baik dan menduduki senarai Dean’s List setiap semester, pada masa yang sama memakai selipar jepun dan jeans (yang juga tidak dibenarkan) ke dewan kuliah. Aku berjaya buktikan bahawa yang memakai tali leher sikat rambut skema tak semestinya nombor satu dalam kelas, yang pakai t-shirt John Master seluar Elba macam abah dia tiada correlation dengan markah periksa. Sebab aku yang pakai jeans dengan t-shirt Milo dari MSSD tahun 1994 berselipar Tat Seng pun mampu juga berjaya.

Malangnya resistance ini tidak lah begitu tahan lama. Air-cond Auditorium Abu Zarim tu sejuk gila. Lecture 3 jam. Frostbite jari kaki comel aku. Kalaulah alasan yang dekan aku bagi, sebab kelas ni sejuk kamu kenalah pakai sepatu dan tali leher bagi lelaki, dan blouse berlengan panjang bagi perempuan, lagi mudah kot aku terima. Tapi kalau dia cakap macam tu, for sure aku tak belajar rajin rajin, pergi kelas awal dan tekun baca nota yang Erlena buat.

Tahun 2000, aku berpindah ke UK. Ketika ini aku sangkakan ianya perpindahan sementara, namun rupanya, 14 years later, jelas bagi aku bahawa ianya langkah langkah pertama ke arah hijrah. Aku tidak sangka selipar jepun memainkan peranan lagi pada fasa ini dalam hidup aku. Sebab kenangan aku membesar di Durham lewat 80-an ialah kesejukan melampau, dan setokin di waktu summer.

Tetapi rakyat UK ini, kalau tidak optimis, maka bukanlah mereka namanya. Tahukah kamu bahawa penjualan kereta convertible yang boleh diturunkan sangat tinggi, di sebuah negara yang kepastian setiap summer adalah hujan? Di negara ini, ada kepercayaan mutlak bahawa if you dress like you want it, you will get it.

Anak muda inggeris separa bogel yang kau lihat di tengah winter itu bukanlah slut. Sebenarnya mereka pengamal prinsip ini – dress like you’re in the tropics, and one day it will come true. For the most part, that situation comes true for one day a year, so betul juga firasat dema.

Jadi di waktu summer, pantang matahari mencelah manja berkata hai, maka hari tu dicampak ketepi setokin, kasut dan any form of common sense. Kami pakai selipar jepun, because even though the sun has gone for the day, only to return next year, if you will it, it can happen. Dan summer ini nampaknya usaha kolektif bertahun tahun rakyat Britain berhasil. Semenjak awal June lagi kami menikmati cuaca bersuhu 20 darjah celsius ke atas pada kebanyakkan hari – sehinggakan sering diseru angin sejuk pula untuk memudahkan tidur di waktu malam.

Dan di jalan jalan Kota London ke Edinburgh, dari Port Talbot ke Kirkcaldy.. dapat kita lihat evolusi selipar jepun menjadi pilihan model-model terkenal, sebahagian high fashion. Tidak lagi pariah, tidak lagi menjadi cinta terlarang. Tetapi menjadi simbol penerimaan bahawa kami di tempat sejuk ini pun, juga mampu bermandi matahari.

Terima kasih, climate change, merealisisasikan impian ramai, dan memberi pengkahiran yang indah kepada kisah cinta ini.

Aku kini ke pejabat dengan kekasih terbaru, Nick Havaianas (nama dia Nik sebenarnya, asal Pasar Malam Wakaf Che Yeh, tapi tukar ejaan untuk mesra Mat Salleh), tanpa segan silu, tanpa perlu membawa kasut spare cover line, tanpa seurat benang setokin pun melitupi kaki. Selipar jepun kini bukan lagi pariah masyarakat yang perlu disorok dibawah katil atau rak baju. Dia diterima ramai. Dia dipakai supermodel seantero. Dia sudah sampai.

*Nota kaki: Pihak penerbit cuba mencari saudara Wan Bata Wan Biru untuk ditemuramah atau sekurang-kurangnya bergambar. Namun begitu beliau gagal dihubungi, tidak menjawab Whatsapp beliau dan voicemail yang kami tinggalkan tidak dibalas. Maaf kepada peminat Wan Bata yang mengharapkan kemunculan beliau.

2 thoughts on “Selipar Jepun: Dari Pariah ke Fesyen Tinggi – Suatu Mockumentari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s