Jersi Costa Rica

Aku ni.. payah nak bekerja kalau ada orang keliling aku. Lagi-lagi bila benda berbentuk kreatif. Aku tak kisah orang nak baca ke tengok ke kritik ke, tapi kena siap dulu.

Tapi benda-benda tak kreatif pun sama jugak. Nak overhaul rumah tunggu adik aku balik Malaysia dulu, baru senang hati ekjas rumah secukup rasa.

Dalam duduk dismantle katil di bilik dia – bukan aku nak halau, dia tak tidur kat katil tu, dia tidur kat futon di ruang tamu jadi membazir space katil tu sebab aku bukan duduk di Kota Paris jadi manalah ada orang nak melawat – aku jumpa jersi Costa Rica aku.

Ada cerita jersi Costa Rica ni.

Seperti mana yang korang tahu [sebab aku bagitahu semua orang, tak kira lah nak dengar ke tak nak dengar ke], pada tahun 2010 aku pergi ke South Africa untuk menonton Piala Dunia kerana aku dapat tiket. Selain tiket yang aku kena beli (game Germany vs Argentina yang Germany menang 4-0 oh lazatnya game itu] bos kawan aku yang pergi sekali dengan aku offer dia dua tiket semi-finals Netherlands vs Uruguay. Of course we said yes.

Kebetulan pula, aku memang ada jersi Holland. Sebab aku suka kaler oren. Jadi pada hari game tu aku pakai lah [semasa game Germany vs Argentina aku dengan patriotiknya pakai jersi Kelantan]. Hari agak sejuk, jadi aku pakai sweater kat dalam, jersi kat luar.

Kami sampai ke stadium awal, jadi aku pergi usha kedai souvenir, dan di sana aku disapa oleh seorang mamat yang aku tak ingat comel ke tak. Dia tanya aku orang mana, dan kenapa aku pakai jersi Netherlands tapi bawak bendera Amerika. Aku jelaskan kepada dia, ini bendera Malaysia la bro. Bintang ada satu bukan 50; kami ada bulan sabit USA mana ada. Dia cerita dia dari Costa Rica. “We missed making it into the World Cup this year, but watch us – we will be back with style in Brazil 2014,” ujarnya.

Prophetic siut.  Betapa gempaknya team Costa Rica pada World Cup yang baru berlalu ni. Aku harap mamat ni bet awal-awal.

Lepas tu mamat tu berkata: “You don’t have to if you don’t want to, but would you like to swap jerseys?”
Dia pakai jersi Costa Rica masa tu.

Aku fikir sejenak dua jenak.. aku suka jersi oren ni tapi rare kot jersi Costa Rica yang dia pakai ni.
“Yeah, why not?” aku kata.

Dia pecat jersey dia aku pecat jersey aku kami tukar. Tengah-tengah kedai souvenir tu. [Nota: kan aku dah cakap kat atas tadi aku pakai jersi atas sweater.]

Jadi masa Holland lawan Costa Rica QF World Cup tempoh hari, aku terfikir pasal mamat tu, dan sama ada dia ingat cerita pasal jersi ni.

Costa Rica

Member aku ramai tempelak: “Kau swap jersi dengan dia? Entah-entah jersi dia tu dia beli kat pasar malam je kot.”

Tadi bila aku jumpa balik jersi tu (duduk bawah katil Abe rupanya) dan aku teliti, ada kemungkinan besar la jersi yang aku dapat dari dia tu memang dia beli yang “kurang rasmi”. Sebab takde logo manufacturer atau label apa-apa. Dan ada kemungkinan mamat tu swindler yang rasa dia sangat epic score dapat jersi Holland dengan tanda Nike swoosh dan sulaman KNVB di dada, dan nombor siri di bahagian bawah depan baju tu.

Tapi aku sikit pun tak ralat. Sampai hari ni. Malah aku sayang betul jersi Costa Rica rare aku ni. Sebab jersi yang aku bagi kat dia tu pun tak sampai RM25 adik aku belikan kat Golok.

*****
Lagi 4 jam setengah EPL bermula, kawan-kawan. Kesangapan hari Sabtu aku berakhir. It’s baaaaaaaack!!!

[Secara teknikal, liga bolasepak Inggeris dah seminggu bermula – EPL saja start seminggu lambat. Dan dalam pada masa aku dok tunggu kick off Man Utd vs Swansea ni, Colchester United tersayang sudah dua kali gagal menang. Looks like things are back to normal, then.]

1 thought on “Jersi Costa Rica

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s