I Want a PhD, Part 1: Time Management, and Oh Supervisor, My Supervisor!

Dalam bahagian pertama ini, saya huraikan sedikit sebanyak soal time management dan juga hubungan dengan supervisor.

  1. Tiga tahun maknanya.. tiga tahun! (dan enam bulan..)

Masa yang diperuntukkan untuk membuat kajian sangat berharga – dan ia perlu dipatuhi dengan sebaik mungkin. Di sinilah time management begitu crucial bagi pelajar PhD, kerana terlalu banyak masa yang nampak seolah-olah ianya bebas, tetapi tidak sebegitu. Tiada kelas untuk dihadiri, supervisor pun hanya mahu berjumpa paling kerap seminggu sekali kalau tidak sebulan sekali. Kalau dapat supervisor yang sibuk – lagilah: beliau mungkin menyerahkan pengurusan masa bulat-bulat dalam tangan anda.

Temptation untuk ‘bercuti’ memang kuat – secara figuratif atau literal. ‘Cuti’ secara figuratif bermakna anda hadir di lab / ofis / library, tetapi kerja yang dilakukan lebih kepada membaca artikel-artikel tidak berkenaan, melayari Facebook atau menulis blog yang tidak berkaitan. End result: tiada hasil yang memberangsangkan.

Secara literal pula – oleh kerana tiada perjumpaan dengan supervisor, anda mungkin berasa ini masa yang terbaik untuk bercuti ke luar negara – mungkin tidak lama, lima hari, atau sekadar long weekend. Maklumlah, flight murah, dan suara kecil hati berbisik: ‘haih, bila lagi? kalau dah balik Malaysia nanti tak mampu’.

Satu tip yang saya boleh bagi di sini ialah, PhD ini suatu yang perlukan istiqamah, dan juga perlu suatu momentum. Momentum sangat susah untuk dikekalkan tanpa consistency, dan kalau masa yang nampak ‘terluang’ ini diisi dengan perkara-perkara yang tidak boleh membina momentum atau merosakkan momentum yang sedia ada, ianya akan merugikan anda.

Bukanlah tidak boleh bercuti – kita memang perlukan masa rehat tetapi biarlah berpada. Izinkan diri anda ‘annual leave’ selama sebulan / 28 hari setahun dan uruskanlah sebaiknya: sama ada ingin pulang ke tanahair atau mengambil cuti-cuti pendek. Tetapi ingat, pergi PhD untuk belajar, bukan untuk melancong!

*Tiga tahun: cukupkah? Saya bincangkan soal ini dalam entry yang lain yang akan menyusul. 

  1. Hubungan baik dengan supervisor – tetapi bersedia untuk bersuara

Memang benar, menjalinkan hubungan intelektual yang baik dengan supervisor adalah teramat penting untuk menjamin kejayaan dalam PhD. Ini sangat berbeza dengan hubungan intelektual bersama penasihat dissertation semasa pengajian masters, atau dengan tutor / advisor semasa undergraduate: kerana anda tiada rujukan lain, dan hakikatnya, dialah be-all dan end-all untuk anda.

Kejayaan anda sebagai pelajar memang at stake dalam perjuangan PhD, tetapi seorang supervisor juga ada vested interest: dia juga ada reputasi yang sedang ingin dibina atau perlu dipertahankan. Jadi hubungan yang baik memang suatu win-win dalam relationship ini.

Sudah ramai yang membicarakan tentang pentingnya ada hubungan baik dengan supervisor, jadi saya tak mahu ulang. Tapi bagaimana kalau anda dapat supervisor from hell? Apa yang boleh anda buat? Ini, tidak sering diperkatakan.

Kebanyakkan universiti memberikan pelajar PhD kepada supervisor berdasarkan research interest yang similar: tidak semestinya perlu 100% sama, tapi yang penting supervisor boleh membimbing dan membantu. Tetapi perlu ingat bahawa supervisor juga manusia – ada perasaan, ada ego, ada perangai, ada nafsu dan ada kekangan. Kadang-kadang sikap ingin membantu itu kurang, atau tidak mahu membimbing pelajar yang pada hemat mereka lemah atau tidak mampu menghasilkan sesuatu yang sealiran dengan apa yang dia mahu. Pada ketika ini anda juga perlu ingat: supervisor anda bukan tuhan.

Pada masa ini, anda sebagai pelajar perlu sedar apa hak-hak anda. Anda berhak mendapat bimbingan yang baik. Anda berhak mendapat feedback dan kritikan yang membina. Anda berhak mendapat seliaan dengan suasana yang mesra: walaupun supervisor anda bukanlah BFF anda, tapi suasana seliaan tidak sepatutnya hostile atau sesuatu yang menakutkan.

Supervisor ‘superstar’ tidak semestinya mentor yang baik. Dan penyelia yang ada lebih dari 4 pelajar PhD lazimnya tidak ada masa secukupnya untuk membantu anda dengan baik. (Ya, empat! Saranan pihak Higher Education Funding Council for England (HEFCE) maksimum seorang penyelia berpengalaman ada enam sahaja pelajar Phd kalau bidang sains sosial). Anda juga tidak mahukan supervisor yang bermanis mulut di depan anda tetapi tidak memberitahu kepada anda keadaan sebenar pengajian anda. Namun – kalau anda diberitahu yang anda tidak up to par, perlulah belajar menerima dengan baik!

Jadi apabila anda tidak mendapat apa yang diperuntukkan – anda harus, patut dan mesti bersuara. Setiap universiti ada ruang untuk pelajar meluahkan rasa tidak puas hati dalam suasana yang selamat. Kalau feedback yang ada terima dari supervisor anda tidak membantu, dan kalau soalan-soalan anda ditepis tanpa jawapan yang jitu : bersuaralah. Terlalu ramai pelajar PhD yang saya lihat menangis keseorangan dan menderita kerana supervisor tidak membantu, tetapi tidak mahu bersuara kerana ‘takut tak berkat’ atau ‘nanti lagi susah’. Percayalah, yang susah itu nanti diri anda sendiri: supervisor anda tidak akan rugi tanpa satu lagi publication dari thesis anda, tapi anda akan rugi mutlak kalau tiada thesis terhasil di akhir pengajian!

Cadangan saya: dalam minggu-mingu pertama berkenalan dengan supervisor, tetapkan expectation yang realistik. Feedback apa yang anda mahu. Perjumpaan berapa kali sebulan yang anda rasa perlu. Pengurusan masa bagaimana yang disarankan. Revise expectation ini dari masa ke semasa. Kekalkan hubungan terbuka dengan supervisor anda, dan kalau dia tidak mengambil serious keperluan anda sebagai pelajar seliaan, nasihat saya: tinggalkanlah. Cari orang yang mahu membantu.

Dalam entry seterusnya saya akan kupas soal ‘masa untuk bercinta’ dalam perjalanan PhD anda.

3 thoughts on “I Want a PhD, Part 1: Time Management, and Oh Supervisor, My Supervisor!

  1. saya pernah berhasrat utk ber-PhD kerana ingin ‘bercuti’; mungkin kerana itu hasrat tersebut tidak pernah mendapat nyawa dan mati sebelum ber-roh.

  2. saudara Idlan, saya ingin tahu samada saudara menjalani latihanphd di Malaysia atau di luar Negara… saya juga dalam keadaan yang sukar menjalani Ph.d saya.. sudah tukar supervisor beberapa kali..t ak juga habis habis… apakah yang boleh memotivasikan saya…boleh saudara suggest..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s