I Want a PhD: Part 3 – Not publishing and yet not perishing..

Kata pepatah sang professor: publish or perish. Tapi boleh juga berlaku, publish but still perish – or not having a solid publication strategy means your thesis perishes. Entry ini saya akan kupas tentang keperluan publish semasa masih buat PhD.

Ketaksuban terhadap publishing memang suatu defining characteristic dalam academia. Mana tidaknya, pengesahan jawatan berdasarkan publication, ranking university berdasarkan publication, harga yang boleh anda minta untuk perkhidmatan anda (dari segi negotiation gaji) pun berdasarkan publication.

Sesuatu yang sepenting ini tidak boleh diambil remeh, dan anda tidak boleh gelojoh kalau mahukan publication yang consistent dan bermutu. (Ini kesilapan yang saya sendiri buat, dan sedang mencari ruang untuk memperbetulkannya: syukur ada bos yang memahami dan menyokong usaha saya ini! )

Tetapi berbalik kepada situasi perlu atau tidak publish semasa buat PhD: hakikatnya, tiada hard and fast rule tentang publication, kerana ianya berbeza mengikut bidang dan juga sub-bidang anda. Jadi ini suatu isu yang saya kira, anda perlu defer dan ikut nasihat supervisor anda: dia lebih tahu tentang bidang anda, dan lebih penting lagi, dia lebih tahu tentang kebolehan anda.

Saya sering baca di internet nasihat untuk pelajar PhD supaya menerbitkan artikel jurnal semasa pengajian kerana ini membantu mereka dalam berbagai hal. Pelajar PhD saya sendiri pun termakan dengan saranan ini. Ianya tidak salah, tetapi bagi saya, ia kurang tepat sebagai saranan am.

Jawapan untuk soalan ‘should I publish my paper while doing my PhD’ ialah – ‘it depends’.

Huraian saya begini bunyinya. Tak semua PhD ditulis dalam keadaan readily convertible into a publishable paper. In some disciplines, the way the PhD is set up is designed to be a series of mini researches that can be published as a series of papers. Ini lebih lazim kita lihat dalam Phd dalam bidang sains, walaupun ada juga yang PhD sains sosial yang bercorak lebih kuantitatif ditulis mengikut kaedah ini.

Ada bidang pengajian di mana publication itu satu kemestian untuk pelajar mendapatkan PhD. Saya ingat rakan saya, Kamal, yang bercerita dalam bidangnya (kejuruteraan, kalau tak silap saya), mendapat publication dalam proceeding IEEE adalah crucial bagi pelajar dalam bidangnya. Bagi pelajar dalam bidang saya di UK, membentangkan kertas di conference sekalipun tidak wajib: hanya sekadar bonus kalau ada masa. Apa sekalipun syarat PhD anda, supervisor anda akan tahu perkara ini dan dia akan membimbing anda ke arah penyediaan artikel untuk penerbitan jika ini perlu.

Pada pendapat saya, kalau PhD anda tidak bercorak publication-based, meluangkan masa untuk menyediakan artikel jurnal sebenarnya membuang masa anda jikalau thesis anda belum siap dan masih ada perkara lain yang perlu ditulis. Ini adalah kerana cara menulis artikel jurnal begitu berbeza dengan cara menulis thesis. Sebuah thesis PhD – terutamanya yang berbentuk monograph – lebih detailed dan terperinci because it is designed for the examiner to understand what you have done. Jurnal pula lebih terhad isinya dan sering terkekang dengan had jumlah perkataan. Jadi kalau anda memberi fokus kepada penulisan jurnal yang tidak perlu, sedangkan yang wajib disiapkan – iaitu thesis anda – belum selesai, anda telah cuai dalam menggunakan tempoh masa tiga tahun anda itu.

Begini juga dalam soal menghadiri persidangan / conference. Ini saya akan ulas pada entry akan datang. Yang perlu kita ingat – setiap bidang ada lenggok gayanya yang berbeza. Bidang yang sangat berkait pun kadang-kadang ada perbezaan ketara. Tanyalah supervisor anda, dan ikutlah nasihat beliau.

Sebagai pengajaran, saya kongsikan cerita benar si Y (bukan nama sebenar). Y seorang yang bijak, dan rajin serta tekun. Y telah menulis dissertation masters yang agak menarik, dan mahu ianya dihantar ke jurnal. Dia mengajak kedua supervisornya untuk co-author paper tersebut. Mereka nasihatkan beliau: ini bukan priority kamu sekarang, Y. Kamu perlu menyediakan proposal untuk defence kamu pada bulan Mei nanti.

Namun Y degil dan oleh kerana supervisor beliau keduanya agak muda, mungkin dia menganggap mereka tidak berpengalaman dan tidak memberi nasihat sebaiknya. Dia taksub dengan kawan-kawannya di jabatan lain yang giat menulis artikel jurnal. Oleh kerana supervisor beliau tidak menyokong hasrat beliau untuk menerbitkan artikel itu, secara senyap-senyap dia telah menulis dan menghantar artikel tersebut ke sebuah jurnal yang berbentuk ‘pay-to-publish’ – ini adalah jurnal yang tidak berkualiti dan tidak termasuk mana-mana ranking, dan sedia menerbitkan artikel kalau si penulis membayar sejumlah wang. [Ini berbeza dengan journal yang meminta submission fee: ini adalah fee untuk membayar reviewer, biasanya, dan jika artikel diterima, tiada pembayaran untuk publication].

Y begitu gembira kerana artikelnya telah ‘terpilih’ untuk diterbitkan dan membayar lebih kurang US$200 kepada penerbit untuk menerbitkan artikel beliau. Malangnya, kerana ketaksuban menyiapkan artikel tersebut, proposal beliau tidak siap sepenuhnya dan submission beliau kepada board begitu rendah kualitinya serta tidak menepati ciri-ciri proposal PhD. Dia hampir sahaja dibuang dari program kerana tidak mencapai milestone yang perlu: yang menyelamatkan beliau ialah dia telah mencapai milestone lain iaitu telah memiliki dataset sepenuhnya yang sesuai untuk projek PhD beliau. Dia dapat meneruskan pengajian dengan amaran pertama.

Dan publicationnya itu? Tidak sedikit pun membantu dan dia ditegur keras oleh board kerana membuang masa menerbitkan artikel dalam jurnal tidak berkualiti. Yang sayangnya, kalau dia bersabar dan menambah sedikit data lagi kepada dissertation mastersnya, supervisor beliau yakin dia mampu menerbitkan artikel tersebut dalam sekurang-kurangnya jurnal yang mempunya ranking sederhana-tinggi. Sekarang – kerana ianya telah diterbitkan oleh jurnal lain: dia tidak dapat menggunakannya lagi!

Pengajaran: tanya dan ikut nasihat supervisor dalam hal ini, dan abaikan ‘formula-formula’ kejayaan PhD yang dinobatkan di sana sini. PhD anda adalah unique, dan formula am mungkin tidak mampu menilai semua pembolehubah yang hadir.  Percayalah. Tiada supervisor yang mahu pelajarnya gagal.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s