I want a PhD: Part 4 – Best laid plans…

Kadang-kadang rancangan kita pada mulanya memang hebat. Terperinci, dan lengkap serta mendapat endorsement dari supervisor kita. Tetapi kita hanya perancang, bukan penentu.

Tidak semua yang tidak berjaya menyiapkan PhD dalam masa yang ditetapkan itu, pelajar yang lemah, tidak berkualiti atau tidak fokus dan suka membuang masa. Jangan terlalu mudah tuduh pelajar yang lambat siap itu, kaki melancong atau tidak tekun.

Bayangkan, anda telah dua tahun di dalam makmal menjalankan eksperimen anda, dan suatu insiden ‘freak of nature’ seperti ribut yang mematikan bekalan letrik ke makmal memusnahkan bahan eksperimen anda.

Atau sesuatu yang tidak seberapa dramatik:

  • bahan yang anda perlukan untuk eksperimen lambat sampai.
  • Peralatan tidak cukup.
  • Funding project ditarik balik.
  • Supervisor anda sakit tenat atau meninggal dunia atau bunuh diri.
  • Orang lain telah menemui sesuatu yang menyebabkan kajian anda tidak lagi relevant.

Jangan terlalu kerap membandingkan diri anda dengan rakan-rakan lain. Ya, perlu ada muhasabah diri dari masa ke semasa, tetapi apabila terlalu ‘membandingkan’ diri, kelak menambah tekanan yang tidak perlu. Percayalah, tekanan membuat PhD sudah cukup berat tanpa perlu menokok-nambah lagi.Kadang-kadang kita nampak seperti perjalanan kawan-kawan kita senang, tetapi kita tidak dapat menyelami derita dia yang lain.

Jangan terlalu berbanding kerana perjalanan PhD masing-masing berbeza. Ada yang enjin awal tersangkut-sangkut tapi lancar kemudian; ada yang nampak lancar pada mulanya tetapi enjin rosak di tengah jalan.

Anything can happen. Kita boleh berdoa, memohon semuanya baik-baik belaka. Tetapi kalau berlaku juga, inilah yang dinamakan dugaan, kan? Ujian yang Esa untuk hambaNya? Atau bagaimana?

Rakan saya semasa PhD yang dikatakan paling cemerlang antara kami, ketika vivanya terjumpa satu kekurangan yang tidak terlintas oleh dirinya atau supervisornya (whom, I might add, is a renowned specialist in the field) – lantas dia perlu membuat major correction dan resubmit. Bayangkan perasaan beliau.

Kalau anda dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan, itu rezeki yang patut disyukuri. Kalau tidak, tidak bermakna anda tidak berjaya. Percayalah, segulung ijazah Phd itu sendiri suatu kejayaan, dan jangan jadikan benchmark orang lain sebagai pengukur perjalanan peribadi anda. You don’t need to justify this to anyone. Not even your funders.

I Want a PhD: Part 3 – Not publishing and yet not perishing..

Kata pepatah sang professor: publish or perish. Tapi boleh juga berlaku, publish but still perish – or not having a solid publication strategy means your thesis perishes. Entry ini saya akan kupas tentang keperluan publish semasa masih buat PhD.

Ketaksuban terhadap publishing memang suatu defining characteristic dalam academia. Mana tidaknya, pengesahan jawatan berdasarkan publication, ranking university berdasarkan publication, harga yang boleh anda minta untuk perkhidmatan anda (dari segi negotiation gaji) pun berdasarkan publication.

Sesuatu yang sepenting ini tidak boleh diambil remeh, dan anda tidak boleh gelojoh kalau mahukan publication yang consistent dan bermutu. (Ini kesilapan yang saya sendiri buat, dan sedang mencari ruang untuk memperbetulkannya: syukur ada bos yang memahami dan menyokong usaha saya ini! )

Tetapi berbalik kepada situasi perlu atau tidak publish semasa buat PhD: hakikatnya, tiada hard and fast rule tentang publication, kerana ianya berbeza mengikut bidang dan juga sub-bidang anda. Jadi ini suatu isu yang saya kira, anda perlu defer dan ikut nasihat supervisor anda: dia lebih tahu tentang bidang anda, dan lebih penting lagi, dia lebih tahu tentang kebolehan anda.

Saya sering baca di internet nasihat untuk pelajar PhD supaya menerbitkan artikel jurnal semasa pengajian kerana ini membantu mereka dalam berbagai hal. Pelajar PhD saya sendiri pun termakan dengan saranan ini. Ianya tidak salah, tetapi bagi saya, ia kurang tepat sebagai saranan am.

Jawapan untuk soalan ‘should I publish my paper while doing my PhD’ ialah – ‘it depends’.

Huraian saya begini bunyinya. Tak semua PhD ditulis dalam keadaan readily convertible into a publishable paper. In some disciplines, the way the PhD is set up is designed to be a series of mini researches that can be published as a series of papers. Ini lebih lazim kita lihat dalam Phd dalam bidang sains, walaupun ada juga yang PhD sains sosial yang bercorak lebih kuantitatif ditulis mengikut kaedah ini.

Ada bidang pengajian di mana publication itu satu kemestian untuk pelajar mendapatkan PhD. Saya ingat rakan saya, Kamal, yang bercerita dalam bidangnya (kejuruteraan, kalau tak silap saya), mendapat publication dalam proceeding IEEE adalah crucial bagi pelajar dalam bidangnya. Bagi pelajar dalam bidang saya di UK, membentangkan kertas di conference sekalipun tidak wajib: hanya sekadar bonus kalau ada masa. Apa sekalipun syarat PhD anda, supervisor anda akan tahu perkara ini dan dia akan membimbing anda ke arah penyediaan artikel untuk penerbitan jika ini perlu.

Pada pendapat saya, kalau PhD anda tidak bercorak publication-based, meluangkan masa untuk menyediakan artikel jurnal sebenarnya membuang masa anda jikalau thesis anda belum siap dan masih ada perkara lain yang perlu ditulis. Ini adalah kerana cara menulis artikel jurnal begitu berbeza dengan cara menulis thesis. Sebuah thesis PhD – terutamanya yang berbentuk monograph – lebih detailed dan terperinci because it is designed for the examiner to understand what you have done. Jurnal pula lebih terhad isinya dan sering terkekang dengan had jumlah perkataan. Jadi kalau anda memberi fokus kepada penulisan jurnal yang tidak perlu, sedangkan yang wajib disiapkan – iaitu thesis anda – belum selesai, anda telah cuai dalam menggunakan tempoh masa tiga tahun anda itu.

Begini juga dalam soal menghadiri persidangan / conference. Ini saya akan ulas pada entry akan datang. Yang perlu kita ingat – setiap bidang ada lenggok gayanya yang berbeza. Bidang yang sangat berkait pun kadang-kadang ada perbezaan ketara. Tanyalah supervisor anda, dan ikutlah nasihat beliau.

Sebagai pengajaran, saya kongsikan cerita benar si Y (bukan nama sebenar). Y seorang yang bijak, dan rajin serta tekun. Y telah menulis dissertation masters yang agak menarik, dan mahu ianya dihantar ke jurnal. Dia mengajak kedua supervisornya untuk co-author paper tersebut. Mereka nasihatkan beliau: ini bukan priority kamu sekarang, Y. Kamu perlu menyediakan proposal untuk defence kamu pada bulan Mei nanti.

Namun Y degil dan oleh kerana supervisor beliau keduanya agak muda, mungkin dia menganggap mereka tidak berpengalaman dan tidak memberi nasihat sebaiknya. Dia taksub dengan kawan-kawannya di jabatan lain yang giat menulis artikel jurnal. Oleh kerana supervisor beliau tidak menyokong hasrat beliau untuk menerbitkan artikel itu, secara senyap-senyap dia telah menulis dan menghantar artikel tersebut ke sebuah jurnal yang berbentuk ‘pay-to-publish’ – ini adalah jurnal yang tidak berkualiti dan tidak termasuk mana-mana ranking, dan sedia menerbitkan artikel kalau si penulis membayar sejumlah wang. [Ini berbeza dengan journal yang meminta submission fee: ini adalah fee untuk membayar reviewer, biasanya, dan jika artikel diterima, tiada pembayaran untuk publication].

Y begitu gembira kerana artikelnya telah ‘terpilih’ untuk diterbitkan dan membayar lebih kurang US$200 kepada penerbit untuk menerbitkan artikel beliau. Malangnya, kerana ketaksuban menyiapkan artikel tersebut, proposal beliau tidak siap sepenuhnya dan submission beliau kepada board begitu rendah kualitinya serta tidak menepati ciri-ciri proposal PhD. Dia hampir sahaja dibuang dari program kerana tidak mencapai milestone yang perlu: yang menyelamatkan beliau ialah dia telah mencapai milestone lain iaitu telah memiliki dataset sepenuhnya yang sesuai untuk projek PhD beliau. Dia dapat meneruskan pengajian dengan amaran pertama.

Dan publicationnya itu? Tidak sedikit pun membantu dan dia ditegur keras oleh board kerana membuang masa menerbitkan artikel dalam jurnal tidak berkualiti. Yang sayangnya, kalau dia bersabar dan menambah sedikit data lagi kepada dissertation mastersnya, supervisor beliau yakin dia mampu menerbitkan artikel tersebut dalam sekurang-kurangnya jurnal yang mempunya ranking sederhana-tinggi. Sekarang – kerana ianya telah diterbitkan oleh jurnal lain: dia tidak dapat menggunakannya lagi!

Pengajaran: tanya dan ikut nasihat supervisor dalam hal ini, dan abaikan ‘formula-formula’ kejayaan PhD yang dinobatkan di sana sini. PhD anda adalah unique, dan formula am mungkin tidak mampu menilai semua pembolehubah yang hadir.  Percayalah. Tiada supervisor yang mahu pelajarnya gagal.

 

 

 

I Want a PhD: Part 2 – Masa Untuk Bercinta

 

Perjalanan PhD anda langkah pertamanya, pada saya, patut bermula dengan keinginan untuk bercinta dengan ilmu. Bukan untuk naik pangkat, bukan untuk gelaran Dr., bukan untuk sahkan jawatan. Itu semua tempiasnya sahaja, rezeki yang datang seiiring dengan segulung ijazah PhD. Kalau anda memulakan perjalanan anda tanpa kencintaan pada ilmu amnya dan minat mendalam kepada bidang yang anda bakal kaji khususnya, saya kira perlu ada muhasabah diri kenapa mahu buat PhD. Kerana there are better ways than spending 3+ years of your life without the blood and tears if you want money, promotion or power trust me.

 

Jadi dalam masa enam bulan atau setahun (depending on university / negara mana, tempoh untuk defend proposal / upgrade berbeza) itu, gunakanlah untuk totally immerse yourself in the knowledge and the subject area. You will never ever have the same time in your hands ever again. Kalau anda seorang pengkaji ekonomi, tempoh inilah patut digunakan untuk membaca Adam Smith, contohnya. Berkenalan dengan dia, dan pakar-pakar lain yang anda sering baca dalam artikel jurnal yang anda sedang amati untuk menulis proposal anda. Bulan-bulan awal dalam perjalanan PhD itulah yang bakal membina akar yang kukuh untuk menghasilkan pokok dengan daun dan bunga yang unik!

Berbulan-madulah dengan ilmu. Susah untuk berjumpa lagi masa di mana hari-hari anda terbentang begitu luas tanpa had. Saya sangat, sangat rindu saat-saat itu. Pengalaman saya sendiri semasa PhD – ketika saya sampai, department saya menghadapi sedikit masalah kerana salah seorang pensyarah mereka terpaksa pulang ke negara asal untuk menjalani national service. Saya pula dengan sedia hati terlalu cepat bersetuju menggantikan beliau. Akibatnya, tiga bulan setengah masa saya terbuang, sedangkan saya patut menggunakannya untuk mengkaji Berle dan Means, suatu karya penting dalam bidang saya! Ya, saya dibayar dengan wang – tetapi masa yang pergi itu hanya mampu saya ratapi sekarang. Wang sudah lama habis dibelanja, dan ilmu itu tetap saya rugi!

Jadi, kesimpulan saya – kalau hendak diolah kepada bahasa yang senang diserapi, sesungguhnya PhD itu bukanlah a means to an end, tapi suatu manifestasi cinta. Cinta – bukan kasih, atau sayang, atau suka, tetapi cinta, kerana ianya juga melibatkan komitmen: kalau tak cinta, maka jangan commit!

Dan dalam analogi yang sama, boleh dikatakan setahun atau enam bulan pertama berbuat PhD adalah tempoh bulan madu. Bukan secara literal dalam erti kata tempoh ini anda tiada kerja berat untuk dibuat dan anda boleh relax lebih dari tempoh lain. Tetapi kerana tempoh ini adalah masa yang untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat: kenali jatidirinya, what makes it tick, what about it that makes you tick, and to know where the warts are which you have decided to love, regardless.

Pentingnya semua ini adalah di saat viva kelak. This is when it all comes together, when the tunnel vision that you have been in for the last two or three years starts to end, and the significance of your work in the bigger world begins to emerge. Pengalaman saya menjalankan viva untuk pelajar, antara soalan yang paling gemar saya soal ialah, “Why did you not consider ….”. Jawapan mudah / cop-out answer untuk soalan ini ialah, “that’s a different approach which would perhaps be more appropriate for a different PhD” or something to that effect. Which is perfectly acceptable – tetapi seorang pelajar yang sudah bercinta dengan bidangnya akan mampu memberi penjelasan kenapa approach tersebut berbeza dengan approach yang beliau ambil – kerana teori atau school of thought yang beliau ikuti telah dikaji dengan mendalam. [Mungkin ini tidak applicable dalam bidang anda – sekali lagi saya nyatakan yang ini, berdasarkan pengalaman saya dalam bidang social science: jadi, be discerning when you read, like when you read everything].

Jadi bagaimana kalau sekarang sudah tidak ada masa untuk itu semua? Bagaimana kalau sudah terlanjur dan lupa bercinta, dan perhubungan anda dengan PhD anda sekadar suatu ikatan kontrak yang lesu? Mungkin kena bijak mencuri masa sedikit sebanyak – dalam kesibukan harian, peruntukkan sejam di awal pagi atau di lewat malam (first or last thing of the day) untuk membaca secara perlahan-lahan karya-karya seminal dalam bidang anda. Inilah yang saya lakukan setelah membuat kesilapan di atas – tidak seberkesan total immersion namun masih mampu memulihkan keadaan.

Kalaulah boleh, saya diberi enam bulan untuk tidak berbuat apa-apa kecuali membaca sahaja – man, that would be awesome. And it’s half the reason why I have toyed with, for many years now, the idea of doing another doctorate, hehe. But that’s another story, for another time.

I Want a PhD, Part 1: Time Management, and Oh Supervisor, My Supervisor!

Dalam bahagian pertama ini, saya huraikan sedikit sebanyak soal time management dan juga hubungan dengan supervisor.

  1. Tiga tahun maknanya.. tiga tahun! (dan enam bulan..)

Masa yang diperuntukkan untuk membuat kajian sangat berharga – dan ia perlu dipatuhi dengan sebaik mungkin. Di sinilah time management begitu crucial bagi pelajar PhD, kerana terlalu banyak masa yang nampak seolah-olah ianya bebas, tetapi tidak sebegitu. Tiada kelas untuk dihadiri, supervisor pun hanya mahu berjumpa paling kerap seminggu sekali kalau tidak sebulan sekali. Kalau dapat supervisor yang sibuk – lagilah: beliau mungkin menyerahkan pengurusan masa bulat-bulat dalam tangan anda.

Temptation untuk ‘bercuti’ memang kuat – secara figuratif atau literal. ‘Cuti’ secara figuratif bermakna anda hadir di lab / ofis / library, tetapi kerja yang dilakukan lebih kepada membaca artikel-artikel tidak berkenaan, melayari Facebook atau menulis blog yang tidak berkaitan. End result: tiada hasil yang memberangsangkan.

Secara literal pula – oleh kerana tiada perjumpaan dengan supervisor, anda mungkin berasa ini masa yang terbaik untuk bercuti ke luar negara – mungkin tidak lama, lima hari, atau sekadar long weekend. Maklumlah, flight murah, dan suara kecil hati berbisik: ‘haih, bila lagi? kalau dah balik Malaysia nanti tak mampu’.

Satu tip yang saya boleh bagi di sini ialah, PhD ini suatu yang perlukan istiqamah, dan juga perlu suatu momentum. Momentum sangat susah untuk dikekalkan tanpa consistency, dan kalau masa yang nampak ‘terluang’ ini diisi dengan perkara-perkara yang tidak boleh membina momentum atau merosakkan momentum yang sedia ada, ianya akan merugikan anda.

Bukanlah tidak boleh bercuti – kita memang perlukan masa rehat tetapi biarlah berpada. Izinkan diri anda ‘annual leave’ selama sebulan / 28 hari setahun dan uruskanlah sebaiknya: sama ada ingin pulang ke tanahair atau mengambil cuti-cuti pendek. Tetapi ingat, pergi PhD untuk belajar, bukan untuk melancong!

*Tiga tahun: cukupkah? Saya bincangkan soal ini dalam entry yang lain yang akan menyusul. 

  1. Hubungan baik dengan supervisor – tetapi bersedia untuk bersuara

Memang benar, menjalinkan hubungan intelektual yang baik dengan supervisor adalah teramat penting untuk menjamin kejayaan dalam PhD. Ini sangat berbeza dengan hubungan intelektual bersama penasihat dissertation semasa pengajian masters, atau dengan tutor / advisor semasa undergraduate: kerana anda tiada rujukan lain, dan hakikatnya, dialah be-all dan end-all untuk anda.

Kejayaan anda sebagai pelajar memang at stake dalam perjuangan PhD, tetapi seorang supervisor juga ada vested interest: dia juga ada reputasi yang sedang ingin dibina atau perlu dipertahankan. Jadi hubungan yang baik memang suatu win-win dalam relationship ini.

Sudah ramai yang membicarakan tentang pentingnya ada hubungan baik dengan supervisor, jadi saya tak mahu ulang. Tapi bagaimana kalau anda dapat supervisor from hell? Apa yang boleh anda buat? Ini, tidak sering diperkatakan.

Kebanyakkan universiti memberikan pelajar PhD kepada supervisor berdasarkan research interest yang similar: tidak semestinya perlu 100% sama, tapi yang penting supervisor boleh membimbing dan membantu. Tetapi perlu ingat bahawa supervisor juga manusia – ada perasaan, ada ego, ada perangai, ada nafsu dan ada kekangan. Kadang-kadang sikap ingin membantu itu kurang, atau tidak mahu membimbing pelajar yang pada hemat mereka lemah atau tidak mampu menghasilkan sesuatu yang sealiran dengan apa yang dia mahu. Pada ketika ini anda juga perlu ingat: supervisor anda bukan tuhan.

Pada masa ini, anda sebagai pelajar perlu sedar apa hak-hak anda. Anda berhak mendapat bimbingan yang baik. Anda berhak mendapat feedback dan kritikan yang membina. Anda berhak mendapat seliaan dengan suasana yang mesra: walaupun supervisor anda bukanlah BFF anda, tapi suasana seliaan tidak sepatutnya hostile atau sesuatu yang menakutkan.

Supervisor ‘superstar’ tidak semestinya mentor yang baik. Dan penyelia yang ada lebih dari 4 pelajar PhD lazimnya tidak ada masa secukupnya untuk membantu anda dengan baik. (Ya, empat! Saranan pihak Higher Education Funding Council for England (HEFCE) maksimum seorang penyelia berpengalaman ada enam sahaja pelajar Phd kalau bidang sains sosial). Anda juga tidak mahukan supervisor yang bermanis mulut di depan anda tetapi tidak memberitahu kepada anda keadaan sebenar pengajian anda. Namun – kalau anda diberitahu yang anda tidak up to par, perlulah belajar menerima dengan baik!

Jadi apabila anda tidak mendapat apa yang diperuntukkan – anda harus, patut dan mesti bersuara. Setiap universiti ada ruang untuk pelajar meluahkan rasa tidak puas hati dalam suasana yang selamat. Kalau feedback yang ada terima dari supervisor anda tidak membantu, dan kalau soalan-soalan anda ditepis tanpa jawapan yang jitu : bersuaralah. Terlalu ramai pelajar PhD yang saya lihat menangis keseorangan dan menderita kerana supervisor tidak membantu, tetapi tidak mahu bersuara kerana ‘takut tak berkat’ atau ‘nanti lagi susah’. Percayalah, yang susah itu nanti diri anda sendiri: supervisor anda tidak akan rugi tanpa satu lagi publication dari thesis anda, tapi anda akan rugi mutlak kalau tiada thesis terhasil di akhir pengajian!

Cadangan saya: dalam minggu-mingu pertama berkenalan dengan supervisor, tetapkan expectation yang realistik. Feedback apa yang anda mahu. Perjumpaan berapa kali sebulan yang anda rasa perlu. Pengurusan masa bagaimana yang disarankan. Revise expectation ini dari masa ke semasa. Kekalkan hubungan terbuka dengan supervisor anda, dan kalau dia tidak mengambil serious keperluan anda sebagai pelajar seliaan, nasihat saya: tinggalkanlah. Cari orang yang mahu membantu.

Dalam entry seterusnya saya akan kupas soal ‘masa untuk bercinta’ dalam perjalanan PhD anda.

I Want a PhD: Mukadimmah

Saya tidak percaya pada formula. Formula memberikan kita satu false sense of security yang, kalau kita plug in the right elements, kita akan mendapat jawapan yang betul, atau kita akan dapat apa yang kita kehendaki. Kita lupa bahawa apa-apa formula itu pada asasnya berdiri dengan suatu set of assumptions that must hold for it to work. Dan jika terlerai assumptions tersebut, maka formula itu tidak akan memberikan suatu hasil yang optimum.

Jadi bagi saya tiada roadmap khusus dalam meneroka perjalanan PhD. The best we can do is look at the map of others and chart our own territory. That’s what the whole journey is about: if you merely trace the steps of others, how original is your original contribution to knowledge? So take what works for you, set aside what doesn’t, and when you’re done, share your roadmap so others can use it to chart theirs. There is no magic potion.

Melalui entry ini dan entry-entry mendatang yang mengupas topik PhD, saya ingin kongsikan adalah suatu overview atau gambaran am, berdasarkan pengalaman PhD saya sendiri serta pengalaman lebih kurang tujuh tahun membimbing pelajar PhD di mana empat (insyaAllah, lima dalam masa terdekat) sudah lulus, dalam bidang sains sosial. Saya akan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, kerapkali interchangeably kerana saya berfikir begini dan kalau anda bersembang dengan saya, begini jugalah gaya saya berbicara.

Entry-entry awal ini bercorak lebih am dan membincangkan perkara-perkara tidak terlalu teknikal. Hasrat saya, jika masa dan kekangan lain mengizinkan, ialah untuk berkongsi pengalaman sebagai pelajar dan penyelia PhD, serta kaedah yang saya pelajari atau isu yang dibangkitkan dari masa ke semasa dalam dunia akademik, khususnya dalam bidang pengajian PhD.

Saya menjemput anda berbincang dan berbahas – I am not expecting agreement in everything and I am ready to be corrected, where wrong. Permohonan saya satu: that it is done in a civilised and intellectual manner – preferably via this website rather than on social media: not so that it can be controlled but that all deliberations are recorded in one place, making it easy for material to be accessed post-hoc.